Saturday, December 8, 2007


PRODUK – LOSYEN MUJARAB (PATI LIMAU NIPIS), LOSYEN MUSTAJAB (PATI HALIA) DAN BENGKUNG


Antara produk yang kami tawarkan bersama khidmat “Sauna” adalah Losyen Mujarab (Pati Limau Nipis), Losyen Mustajab (Pati Halia) dan Bengkung.


LOSYEN MUJARAP (PATI LIMAU NIPIS)

Antara khasiat Losyen Mujarap (Pati Limau Nipis), ia adalah sejenis losyen serbaguna. Losyen yang dihasilkan dari pati limau nipis ini dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh badan yang cantik dan ideal. Ia diperkaya dengan haruman pati limau nipis. Ia tidak berminyak, mudah menyerap dan boleh digunakan tanpa was-was.

Cara anda menggunakannya:-

1. Sapukan pada tempat yang bermasalah dan urutkan perlahan-lahan selama 2 – 3 minit.

2. Boleh digunakan sekerap yang anda mahu.

3. Untuk kesan yang lebih cepat, sapukan setiap kali sebelum tidur.


LOSYEN MUSTAJAB (PATI HALIA)

Antara khasiat Losyen Mustajab (Pati Halia), sangat sesuai bagi tujuan urutan di seluruh badan dengan memecahkan dan membuang angin-angin di dalam badan. Ia juga boleh memecahkan lemak di dalam badan dan menjadikan bentuk badan lebih lansing, membantu mengatasi masalah selulit. Membantu mengatasi sakit perut akibat sengugut. Sesuai juga digunakan untuk ibu yang lepas bersalin.

Juga boleh digunakan bagi mereka yang menghidapi penyakit Angin Ahmar. Mengatasi kembung perut, sakit perut, sakit pinggang dan belakang, sengal-sengal otot dan sendi, kebas-kebas , bisa-bisa kaki dan lutut.

Losyen ini tidak berminyak, mudah menyerap, hanya untuk kegunaan luar sahaja.

BENGKUNG

Bengkung digunakan sejurus selepas anda menyapu bahagian tubuh anda dengan Losyen Mujarab/ Losyen Mustajab. Bengkung yang kami tawarkan mudah digunakan.


No comments: